Gawai Dayak mempunyai beberapa upacara yang dijalankan di bandar dan rumah panjang. Persembahan pelbagai makanan dan tuan di persembahkan kepada dewa padi untuk hasil yang baik. Penyair akan membaca mentera yang khusus untuk upacara ini dan melumur darah ayam jantan pada bahan persembahan.
Selepas upacara ini, perayaan Gawai Dayak akan bermula secara rasmi. Sebatang pokok yang dikenali sebagai 'ranyai' akan didirikan di tengah ruang dan dihiasi dengan makanan dan minuman. Mereka juga akan melawat kaum keluarga dan sahabat handai yang dikenali sebagai 'ngabang'. Pakaian tradisi akan dikenakan, dan perhiasan manik orang ulu akan dikeluarkan untuk dipakai pada hari itu. Perawan Iban pula akan mengenakan perhiasan perak tradisi. Pesta Gawai Dayak ditutup berakhir dengan penurunan pokok ranyai tersebut.
KETIKA mula-mula ana sampai kat bumi kenyalang ni dulu bila tengok slogan ni “Gayu Guru Gerai Nyamai” ingatkan slogan atau tema hari guru ditulis dalam bahasa Iban ke, melanau ke, bidayuk ke… Sebab ada perkataan “guru” dalam slogan tu. Ternyata sangkaan ana meleset. Rupa-rupanya itu adalah ucapan untuk sambutan hari gawai buat kaum Iban dan Bidayuh di Sarawak.
Hari ini (Isnin) bertarikh 1 hb Jun 2009 adalah merupakan salah satu hari keramaian di Sarawak sehingga diberikan public holiday di Bumi Kenyalang ini iaitu sambutan pesta gawai. Perayaan Gawai disambut oleh masyarakat Iban dan Bidayuh di Sarawak untuk meraikan tamatnya musim menuai padi.
Pesta Gawai juga dikenali sebagai Gawai Dayak. Pesta Gawai pada kebiasaannya disambut pada akhir bulan Mei atau awal bulan Jun setiap tahun. Pesta Gawai di Sarawak disambut dengan meriah di bandar-bandar dan di desa dengan persembahan tarian, minuman tuak ‘arak beras’, dan bersuka-ria.
Menurut perbualan ana dengan kawan yang berbangsa Iban, biasanya sebelum perayaan gawai disambut, pertandingan keling dan kuman gawai yang diadakan setiap tahun sebagai salah satu persediaan untuk menyambut dan meraikan perayaan gawai tersebut.
No comments:
Post a Comment